Thursday, 22 March 2012

BEG QUEEN OF NATURE

BEG 'QUEEN OF NATURE '



Keunikan beg 'Queen of Nature' diserlahkan dengan hiasan Orbea Elegant Flower. Sesuatu yang unik dan menarik untuk digunapakai sendiri malahan sesuai juga dijadikan buah tangan atau hadiah kepada yang tersayang, teman-teman mahupun keluarga.

Aplikasi teknik :
  • membuat Orbea Elegant Flower sebagai hiasan beg.
  • mencantum kepingan kain yang panjang menjadi beg yang menarik.
  • menjahit manik tabur pada beg dengan kemas.

Keunikan beg ini ianya sesuai digayakan oleh semua peringkat umur dan amat menarik untuk digunakan dalam sebarang majlis. Anda pasti akan berpuas hati menggayakan beg ini.

Saiz : 12" x 14"
Tempoh tempahan siap : 1 minggu
Harga : RM129.00

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, sila emailkan kepada jahitankreatif@yahoo.com

SKIRT PATCHWORK

SKIRT PATCHWORK



Skirt Patchwork ini merupakan aplikasi seni patchwork. Skirt jenis ini mempunyai nilai pasaran dan nilai keunikan yang tersendiri. Seni patchwork yang diterapkan dalam pembuatan skirt ini akan menampakkan kesenian, keunikan dan keanggunan kepada si pemakai.

Teknik yang diaplikasikan dalam menghasilkan skirt ini ialah:
  • cara memotong kain dengan cepat dan tepat.
  • teknik cantuman patchwork yang mudah.
  • teknik membuat kedut.
  • cara menjahit renda.
  • teknik menyusun kain untuk menimbulkan motif dengan lebih menarik dan cantik.
  • menjahit getah pinggang.
  • menggunakan bodkin untuk memudahkan getah dipasang pada pinggang.

Saiz : Kanak-kanak dan Dewasa 
Tempoh tempahan siap : 1 minggu
Harga : RM79.00

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, sila emailkan kepada jahitankreatif@yahoo.com

BAKUL SERBAGUNA

BAKUL SERBAGUNA


Bakul Serbaguna berfungsi membantu anda mengemas dan menghias pelbagai sudut ruang yang dikehendaki. Pelbagai barang boleh dimuatkan ke dalam bakul serbaguna ini. Contohnya anda boleh menggunakan bakul serbaguna untuk mengisi buah-buahan dan meletakkannya di atas meja makan. Bakul serbaguna juga sesuai diletakkan di ruang tamu sebagai tempat menyimpan alat kawalan jauh televisyen dan sebagainya. Terdapat 3 ruang pada bakul serbaguna yang membolehkan anda untuk mengisi pelbagai barangan ke dalamnya.

Terdapat pelbagai teknik yang diaplikasikan sepanjang menyiapkan bakul serbaguna ini. Antaranya ialah:
  • teknik menjahit tali paiping.
  • cara menggunakan kadbod untuk membentuk tapak bakul dengan baik.
  • teknik membuat tali halus.

Dengan adanya bakul serbaguna ini akan dapat menyerikan lagi ruang dan suasana rumah anda. Pasti anda akan berpuas hati memiliki bakul serbaguna ini.

Harga : RM49.00
Tempoh tempahan siap : 1 minggu

Sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada jahitankreatif@yahoo.com.

HIASAN DINDING ABC / ALPHABET WALL HANGING

HIASAN DINDING ABC / ALPHABET WALL HANGING
 
 Hiasan Dinding ABC / Alphabet Wall Hanging sangat berguna jika dihiaskan di ruang permainan dan bilik tidur si kecil. Bukan sahaja sebagai hiasan dinding yang menarik, malahan juga bertindak sebagai proses pembelajaran secara tidak langsung untuk si kecil.

Beberapa teknik telah diaplikasikan pada hasil jahitan ini. Antaranya ialah:
  • teknik menggabungkan kain dengan sepadan dan sesuai.
  • teknik memotong kain dengan cepat dan tepat menggunakan Rotary Cutter.
  • menjahit patchwork teknik paper foundation 
  • teknik menjahit seni sulam tampal / applique menggunakan moulding paper.
  • teknik menjahit seni sulam tampal / applique menggunakan kertas double side gum.
  • teknik menjahit corak mesin Blanket stitch dan Satin stitch / zigzag.
  • teknik menyembur gam pada batting menggunakan spray.
  • teknik menggunakan tapak sulam dan tapak kuilting.
  • teknik mencantum border dan dinding dengan betul dan tepat.
  • menjahit sembat tangan dengan kemas. 
Kesemua teknik yang diaplikasikan akan menghasilkan kualiti jahitan yang bermutu tinggi dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

Saiz : 42 inci x 47 inci
Tempoh tempahan siap : 2 minggu
Harga  : RM199.00


Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, sila emailkan kepada jahitankreatif@yahoo.com

BELAJAR MENJAHIT

Langkah pertama saya, saya mulakan dengan belajar menjahit. Ilham untuk belajar menjahit adalah bermula daripada emak saya. Emak sangat gemar menjahit. Suatu hari emak suruh saya untuk belajar menjahit kerana kata emak tak rugi belajar menjahit dan menjahit adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Pelbagai bentuk barang dapat dihasilkan melalui menjahit, malah menurut emak lagi melalui menjahit kita akan dapat menjana pendapatan. Daripada nasihat emak, saya mula belajar menjahit.

Belajar menjahit memang merupakan satu pengalaman yang luar biasa. Daripada tidak tahu menjahit apa-apa pun kini saya sudah mampu menghasilkan sesuatu barang. Melalui menjahit kita dapat mengekspresikan apa yang kita rasa. Jahitan juga melambangkan kasih sayang dari hati yang gembira. Apabila saya dapat menyiapkan sesuatu jahitan, saya akan merasa puas melihat hasilnya. Seronok dapat digembirakan oleh sekeping kain yang indah.

Kini saya ingin berkongsi hasil jahitan saya dengan menjualnya di dalam blog ini. Saya sedia menerima tempahan pada bila-bila masa dan segala maklumat lanjut mengenai produk ini akan saya kongsikan bersama di dalam blog ini. Hasil jahitan pastinya akan memuaskan hati anda dengan tawaran harga yang berpatutan. Kualiti hasil jahitan pastinya tidak akan mengecewakan anda semua. Silalah lihat produk jahitan yang sedia untuk tempahan. Saya pasti anda akan menyukainya.

Wednesday, 21 March 2012

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog JAHITAN KREATIF

Kepada semua yang saya muliakan,

Tahun 2012 telah membuka impian dan harapan baru buat saya. Saya yakin kedatangan tahun 2012 disambut oleh kita semua dengan pelbagai harapan dan impian. Semua dari kita berharap memperolehi kejayaan, kesihatan, kebahagiaan dan juga kekayaan. Saya yakin kebanyakkan daripada kita ingin memulakan langkah baru, melupakan kenangan pahit, kegagalan dan kedukaan tahun sebelumnya.

Begitu juga dengan saya, pelbagai dugaan dan cabaran yang telah saya lalui sejak kebelakangan ini. Kesemua dugaan ini saya ambil dan anggap ianya sebagai ujian kepada saya untuk jadi lebih kuat, tabah dan matang menghadapi hidup ini.

Tahun ini saya berazam untuk menjual seni jahitan yang telah saya pelajari dan kongsikan bersama dengan anda semua dengan hasil jahitan yang terbaik. Semua hasil jahitan saya diselitkan dengan pelbagai seni dan teknik jahitan. Setiap bulan saya akan memaparkan projek-projek terbaru saya untuk anda lihat dan jika anda suka anda juga boleh memilikinya dengan harga yang berpatutan.

Langkah seribu batu bermula dengan langkah pertama. Kini saya bersedia untuk memulakan langkah pertama saya. Kegagalan pada tahun-tahun lalu bukanlah noktah hidup saya. Keazaman memerlukan tindakan dan kesabaran dalam merealisasikan impian. Semoga pada tahun ini, saya akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang terbaik. Harapan saya semoga anda semua dapat mendoakan kejayaan saya dan menyokong usaha saya ini untuk terus berjaya.

Terima kasih...