Wednesday, 21 March 2012

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog JAHITAN KREATIF

Kepada semua yang saya muliakan,

Tahun 2012 telah membuka impian dan harapan baru buat saya. Saya yakin kedatangan tahun 2012 disambut oleh kita semua dengan pelbagai harapan dan impian. Semua dari kita berharap memperolehi kejayaan, kesihatan, kebahagiaan dan juga kekayaan. Saya yakin kebanyakkan daripada kita ingin memulakan langkah baru, melupakan kenangan pahit, kegagalan dan kedukaan tahun sebelumnya.

Begitu juga dengan saya, pelbagai dugaan dan cabaran yang telah saya lalui sejak kebelakangan ini. Kesemua dugaan ini saya ambil dan anggap ianya sebagai ujian kepada saya untuk jadi lebih kuat, tabah dan matang menghadapi hidup ini.

Tahun ini saya berazam untuk menjual seni jahitan yang telah saya pelajari dan kongsikan bersama dengan anda semua dengan hasil jahitan yang terbaik. Semua hasil jahitan saya diselitkan dengan pelbagai seni dan teknik jahitan. Setiap bulan saya akan memaparkan projek-projek terbaru saya untuk anda lihat dan jika anda suka anda juga boleh memilikinya dengan harga yang berpatutan.

Langkah seribu batu bermula dengan langkah pertama. Kini saya bersedia untuk memulakan langkah pertama saya. Kegagalan pada tahun-tahun lalu bukanlah noktah hidup saya. Keazaman memerlukan tindakan dan kesabaran dalam merealisasikan impian. Semoga pada tahun ini, saya akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang terbaik. Harapan saya semoga anda semua dapat mendoakan kejayaan saya dan menyokong usaha saya ini untuk terus berjaya.

Terima kasih...





No comments:

Post a Comment