Thursday, 22 March 2012

BELAJAR MENJAHIT

Langkah pertama saya, saya mulakan dengan belajar menjahit. Ilham untuk belajar menjahit adalah bermula daripada emak saya. Emak sangat gemar menjahit. Suatu hari emak suruh saya untuk belajar menjahit kerana kata emak tak rugi belajar menjahit dan menjahit adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Pelbagai bentuk barang dapat dihasilkan melalui menjahit, malah menurut emak lagi melalui menjahit kita akan dapat menjana pendapatan. Daripada nasihat emak, saya mula belajar menjahit.

Belajar menjahit memang merupakan satu pengalaman yang luar biasa. Daripada tidak tahu menjahit apa-apa pun kini saya sudah mampu menghasilkan sesuatu barang. Melalui menjahit kita dapat mengekspresikan apa yang kita rasa. Jahitan juga melambangkan kasih sayang dari hati yang gembira. Apabila saya dapat menyiapkan sesuatu jahitan, saya akan merasa puas melihat hasilnya. Seronok dapat digembirakan oleh sekeping kain yang indah.

Kini saya ingin berkongsi hasil jahitan saya dengan menjualnya di dalam blog ini. Saya sedia menerima tempahan pada bila-bila masa dan segala maklumat lanjut mengenai produk ini akan saya kongsikan bersama di dalam blog ini. Hasil jahitan pastinya akan memuaskan hati anda dengan tawaran harga yang berpatutan. Kualiti hasil jahitan pastinya tidak akan mengecewakan anda semua. Silalah lihat produk jahitan yang sedia untuk tempahan. Saya pasti anda akan menyukainya.

No comments:

Post a Comment